Bobby 的个人资料Bobby's space照片日志列表更多 ![]() | 帮助 |
Bobby's space |
||||||||||||||
|
1月28日 Alamat Blog Baharu Tahun baharu, jadi saya membuat keputusan untuk berpindah ke alamat blog yang baharu. http://blteng63.blogspot.com Sila layari blog baharu saya. Live spaces ini akan saya kekalkan. 1月26日 Tahun Baharu 200912月30日 Rumah Baru 6 Disember 2008, sebaik saja tamat menjalankan tugas sebagai ketua pengawas peperiksaan SPM, saya telah berpindah masuk ke rumah baru. Lori yang mengangkut barang pada mulanya berjanji akan sampai di Sitiawan pada pukul 11 pagi, telah sampai hanya pada pukul 3 petang. Apabila semua barang berjaya diturunkan di rumah baru di Nibong Tebal, jam telah menunjukkan pukul 9 malam. Saya telah mengambil masa selama beberapa hari untuk menyusun semula semua barang yang dipindah dari rumah lama. Sambil itu, perabot baru yang dibeli pun masuk secara beransur-ansur. Sehingga hari ini, masih ada dua perabot baru yang masih belum tiba. Pada masa yang sama, rumah baru telah menerima kunjungan tetamu dari jauh, iaitu dari Klang dan Kuala Lumpur. Sesungguhnya, berpindah rumah merupakan pengalaman yang memeritkan. Kalau boleh, saya tidak mahu berpindah rumah lagi. Dua budak ini baru kali pertama berjumpa dengan saya, tapi manjanya bukan main. Tak kering gusi saya dibuatnya selama dua hari. 10月6日 LiverpoolMusim 2008-2009 menyaksikan pasukan Liverpool memulakan perlawanan dengan keputusan yang memberangsangkan. Selepas 7 perlawanan, Liverpool menang 5 dan seri 2, menduduki tempat kedua di belakang pasukan Chelsea dari segi perbezaan gol. Dalam perlawanan menentang Manchester City semalam, Lierpool ketinggalan 2 gol pada separuh masa pertama, telah bangkit dengan menjaringkan 3 gol pada separuh masa kedua, hasil jaringan 2 gol dari ayam tambatannya, Fernando Torres dan satu gol lagi oleh Dirk Kuyt. "You will never walk alone"... Seam Reap dan HanoiSaya kepingin mengunjungi kedua-dua tempat itu, Seam Reap di Kemboja untuk melihat Angkor Wat, dan Hanoi di Vietnam. Tahun 2009 harap dapat merealisasikan impian saya ini. Tunggu Air Asia memberi tiket tambang murah pada cuti persekolahan. Lawatan ke Medan: 1-4 Oktober 2008Sekali lagi saya berpeluang melawat Indonesia, kali kedua dalam tempoh setahun, selepas mengunjungi Surabaya dan Jakarta pada bulan Mac 2008. Kalau kunjungan dulu bersama dengan abang ipar, kunjungan kali ini lebih manis kerana bersama isteri tersayang.
Destinasi kali ini ialah Medan dan Tasik Toba, tempat peranginan yang saya kenal namanya sejak zaman persekolahan lagi, tapi kena tunggu sehingga umur mencecah 45 tahun baru berpeluang melawat tempat peranginan itu. Terima kasih kepada Air Asia, yang memperkenalkan tempat duduk percuma pada awal tahun.
Tiket kapal terbang telah ditempah pada awal tahun apabila Air Asia memperkenalkan tempat duduk percuma, bertolak dari Penang. Atur cara lawatan selama 4 hari 3 malam ini telah diserahkan kepada agensi pelancongan tempatan dengan bayaran sekitar RM535 seorang, termasuk penginapan, makan dan lawatan ke tempat-tempat yang tersenarai.
Oleh sebab tarikh lawatan jatuh pada bulan Syawal, ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, perjalanan dari Medan ke Parapat sejauh 176km telah mengambil masa selama hampir 6 jam. Kesesakan berlaku di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.
Keadaan jalan raya yang tidak begitu sempurna dan sempit, mengingatkan saya kepada kelancaran lebuhraya di Semenanjung Malaysia pada hari-hari biasa. Tempat penginapan tidak begitu memuaskan, sama ada di hotel atau resort. Menu makanan juga tidak memuaskan, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir sebelum bertolak pulang. Walau bagaimanapun, semua kekurangan ini dilupakan apabila terpandang panorama Tasik Toba yang begitu indah dan mengasyikkan.
Secara keseluruhan, saya puas hati dengan kunjungan kali ini. Kata orang, untuk beristirehat dan melapangkan fikiran, kita perlu pergi ke tempat yang nyaman udaranya, dan dengan orang yang tersayang. Terima kasih kepada Air Asia yang telah menyempurnakan lawatan saya ke Medan, dan terima kasih kepada isteri tersayang, yang sanggup meluangkan masa untuk menemani saya selama 4 hari 3 malam ini.
9月3日 Kegilaan EPL English Premier League (EPL) musim baru telah bermula, dan setakat ini setiap pasukan telah bermain sebanyak 3 perlawanan. Chelsea menduduki tempat pertama, diikuti oleh Liverpool, masing-masing mendapat 7 mata dengan 2 kali menang dan seri sekali. Hanya jumlah jaringan gol yang membezakan kedudukan kedua-dua pasukan tersebut. Setakat ini saya melihat kegilaan dan kerakusan para pemilik kelab, masing-masing cuba mendapatkan khidmat pemain yang dikehendaki oleh pasukan mereka. Berita terkini ialah Robinho, pemain Brazil yang bermain untuk pasukan Real Madrid, telah dibeli oleh pemilik baru kelab Manchester City, Abu Dhabi United Group for Development and Investment, dengan rekod bayaran sebanyak 32.5 juta pound sterling. Dimitar Berbatov, pemain Bulgaria yang asalnya mewakili pasukan Tottenham Hotspur, telah berpindah ke pasukan Manchester United dengan bayaran sejumlah 31 juta pound sterling. Melihat daripada jumlah bayaran perpindahan pemain, saya masih menganggap EPL merupakan liga bolasepak yang terkenal di dunia. Musim baru ini, kita akan dapat menyaksikan kehebatan pemain ternama dunia beraksi di EPL. Pasukan Manchester United sudah tentu akan berusaha mengekalkan kejuaraan yang dimiliki oleh mereka pada musim lalu, manakala Manchester City dengan pemilik baru dan harapan baru, tentu akan berusaha menggugat kedudukan "The Big Four" dalam EPL. Walau bagaimanapun, pasukan pilihan saya masih LIVERPOOL.
Blog
|
|||||||||||||
|
|