Bobby's profileBobby's spacePhotosBlogListsMore ![]() | Help |
|
April 15 Kejohanan Mendaki Bukit Bendera12 April 2008, seawal 5.20 pagi, masa yang biasa saya bangun pada hari-hari persekolahan. Tapi hari itu, pada masa itu, saya telah mula bertolak ke Pulau Pinang. Destinasi pada pagi itu bukan ke sekolah, tetapi ke Bukit Bendera. Kejohanan Mendaki Bukit, satu kejohanan tahunan telah diadakan. Seramai 600 peserta yangm mengambil bahagian dalam tiga kategori. Peserta dilepaskan di Taman Bortanicle, dan tamat di puncak Bukit Bendera. Saya ditugaskan untuk mengambil ketibaan para peserta yang mewakili Rumah Sukan Biru. Walaupun peserta terpantas dijangka hanya akan tiba lebih kurang pada pukul 9 pagi, sejam selepas dilepaskan, namun, oleh sebab mahu mengelakkan daripada kesesakan ketika menunggu kereta kabel, saya telah tiba untuk mengambil perkhidmatan kereta kabel yang paling awal, iaitu pada pukul 6.30 pagi. Sebelum pukul 7:00 pagi, saya telah tiba di atas kemuncak. Sempat saya mengambil gambar pemandangan pada awal pagi itu. Penglibatan pertama saya dalam aktiviti tahunan sekolah ini amat menyeronokkan, meninggalkan pengalaman manis. Saya dapat melihat pemandangan Georgetown dari puncak bukit. Selepas tamat acara, saya terpaksa berbaris selama dua jam menunggu giliran untuk turun dari atas bukit dengan kereta kabel. Walaupun agak letih dalam penantian, namun saya puas hati. TrackbacksThe trackback URL for this entry is: http://blteng63.spaces.live.com/blog/cns!3483E611162D6F7B!2439.trak Weblogs that reference this entry
|
|
|